Wednesday 18 July 2012

Pengenalan

Sejak 1970,pelbagai jenis dan bentuk bekas atau bahan pembungkus telah dihasilkan termasuk pelbagai bentuk beg,bekas(tray),karton aseptik ,pembalutan(shrink wrap),plastik boleh picit dengan rekabentuk yang menarik.Pembangunan peralatan pembungkusan telah dapat memenuhi kehendak pengeluar makanan untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak dalam pelbagai bentuk sistem pembungkusan.
Operasi yang terlibat termasuklah penyediaan bahan pembungkus,pengukuran dan pengisian produk,penutupan bekas,pelabelan ,pemeriksaan dan penyediaan sistem pembungkusan.


Pembungkusan


Definisi:Kaedah yang menjamin penghantaran barang dari pengeluar kepada pengguna dengan selamat dari ancaman dan berkeadaan baik pada kos keseluruhan yang rendah.


Tujuan Pembungkusan
  • Melindungi makanan dari pencemaran kerosakan fizikal dan biologikal,penurunan mutu,memudahkan pengendalian dan untuk membantu penjualan makanan itu.

 Fungsi-fungsi Pembungkusan
  • Melingdungi makanan dari kerosakan
  • Menampung hasil keluaran
  • Pengenalan dan penjualan hasil makanan

Bahan-bahan Pembungkusan
  • Tin
  • Gelas/botol
  • Plastik
  • Kertas
  • Bahan asli:kayu,buluh dan lain-lain

No comments:

Post a Comment